INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Bandar Kuala Berang didiami kira-kira 6,601 orang dan meliputi beberapa buah kampung seperti Kampung Rahmat, Kampung Sungai Petai dan Kuala Berang sendiri. Bilangan penduduk : 6,601 orang

Rekreasi Dan Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong



HUTAN LIPUR SEKAYU

Terletak di Kuala Berang, 60km di barat daya Kuala Terengganu, tarikan utama Hutan Rekreasi Sekayu adalah Air Terjun Sekayu. Terdapat bukit yang subur dengan salutan hutan, kebun buah-buahan, zoo mini, taman burung, taman bunga dan sebuah rumah untuk berehat di bawah bukit. Terdapat kemudahan awam untuk bermandi dan bersalin, serta juga gazebo.


TASIK KENYIR

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.
Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.
Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai. 


KENYIR ELEPHANT VILLAGE

Terletak di Sungai Telemong Tasik Kenyir iaitu di daerah Hulu Terengganu dengan keluasan 256.00 hektar. Gajah di sini merupakan spesis asal yang berasal dari Negeri Terengganu itu sendiri. Ini adalah salah satu usaha dan kaedah kerajaan negeri untuk mengelakkan gajah kita dari diancam kepupusan.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di Kenyir Elephant Village ini. Antara aktivitinya ialah menonton persembahan gajah-gajah, menunggang gajah, meniti jambatan gantung dan juga aktiviti memandikan gajah.


Tempat Makan Yang Menarik

Seri Berang SEAFOOD terkenal dengan Nasi Kukus disamping menyediakan pelbagai jenis lauk pauk.


Restoran Kak Zah terkenal dengan Masakan Kampung. Pelbagai hidangan yang disediakan bagi memenuhi selara pengunjung. Kedudukan yang strategik menarik perhatian pengunjung.


Restoran Ikan Baung Kuala Berang, kedai ini terletak di Kampung Telaga terkenala dengan menu ikan Kelah dan Ikan Baung Masak tempoyak.


Homestay



ANGGERIK IMPIAN

Hotel berkonsep Budget Hotel dan merupakan ahli Malaysia Budget Hotel Association (MBHA) serta dapat memenuhi keselesaan anda semasa berada di hotel kami.


P`GINAPAN DIANJUNG ALAMANDA

Menyediakan penginapan budjetyang murah dan selesa seisi keluarga .
Alamat: lot 11003 hadapan Hospital, batu 23 jln Kuala Berang, 21700 Kuala Berang , Hulu Terengganu, Terengganu.
Urusan tempahan hubungi : 012 2971006


HOMESTAY KAMPUNG BULUH

Homestay Kampung Buluh terletak di daerah Hulu Terengganu. Jarak dari bandar terdekat ialah bandar Kuala Berang ialah 1.5 km sahaja.
Pengusaha : En Zainal
No Tel : 0199765112


Kemudahan Awam

-Tiada Maklumat-

Pendidikan

-Tiada Maklumat-

Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan
ILHAM IMPIAN CREATION

Nama Perniangaan : Butik Pengantin (Ilham Impian Creation)
Nama Pemilik : Hazwani Bt Ab Ghani
No Telefon : 014-8238587
Alamat Peniagaan : LOT 257, Bangunan Yayasan Islam, Jalan Astaka, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
Alamat Email : Norhazwanie82@yahoo.com
Tahun Bermula : 2013
Perkhidmatan : Butik Pengantin
Facebook : https://www.facebook.com/IlhamImpianCreation?fref=ts

Gambar Produk


Gambar Usahawan


ZEELYFE BUTIK

Nama Perniagaan : Zeelyfe Butik
Nama Pemilik : Mohd Hafiz b Mohd Jamil
No Telefon : 013-9190618
Alamat : 49, Kampung Gaung, 21700 Kuala Berang, Terengganu
Alamat email : qtan_lan@yahoo.co.uk
Mula berniaga : 2012
Produk yang dipasarkan : Pakaian Muslimah
Facebook : https://www.facebook.com/zeelyfesimplyhijabs/?fref=ts

Gambar Produk


Gambar Peniaga


ZAHARAH BINTI ABAS

Nama Perniagaan : Zaharah Binti Abas Nama Pemilik : Zaharah entperise No Telefon : 019-5185439 Alamat : No 3 Kampung Kuala Akob, 21700 Kuala Berang, Terengganu. Alamat email : nora8477@yahoo.com Mula berniaga : 2012 Produk yang dipasarkan : Pelbagai Kuih Muih dan Kerepek Facebook : https://www.facebook.com/zaharah.abas.96?fref=ts

Gambar Produk

Gambar Peniaga