Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Nama Kuala Berang bermula dari pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Berang dan Sungai Terengganu.Sungai Berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebih kurang 50km melalui kawasan perkelahan Belukar Bukit dan melalui kampung2 seperti Menerung,Pengkalan Ajal,Pasir Pelata,Kampung Buluh dan berakhir bermuarakan Sungai Terengganu.

Sungai Terengganu bermula dari sempadan Besut / Hulu Terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar Kuala Berang tapi sebahagian besarnya adalah Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,Dura,Kuala Pueh,Temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara Sungai Berang yang Kuala Berang mendapat namanya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


KELAS USAHAWAN 2.0 'BASIC PHOTOGRAPY'

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Kelas Usahawan ini membuka minda dan daya kreativiti usahawan supaya lebih kreatif dan membantu usahawan mempromosikan produk masing-masing serta memberi pendedahan dan teknik-teknik fotografi supaya hasil gambar produk lebih menarik dan cantik...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Program Advokasi diadakan bersama pelajar Sek. Meng. Keb. Agama Mahmudiah seramai 20 orang peserta yang terlibat. Mereka adalah dari pelajar tingkatan 3. Program ini dijalankan bagi menyampaikan maklumat tentang keselamatan dalam melayari internet. Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat Advokasi & KDB serta kuiz bersama pelajar....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti